Sunday, March 6, 2016

ドラクエVII やることがなくなった瞬間



僕の最短ターン記録は5ターンです。


2022年5月19日今日4ターン出ました! いずれもマダンテ無しで。

Monday, February 8, 2016

Sumber Motivasi Terbaik Untuk Terus Menambah Baik Diri

Baca terjemahan al-Qur'aanul kareem

Baca kisah para anbiyaa' 'alayhimus solaati was salaam

Baca kisah para sahabat rodhiyallahu 'anhum

Monday, November 23, 2015

Tips Bangun Subuh (Malaysia)


Dulu aku pernah main game "sambung karangan" dengan kengkawan aku, dekat Friendster (2008).

Dalam game tu, aku pernah selitkan tips "How to Wake Up Early for Dummies" khas untuk kengkawan aku yang selalu ponteng kelas 8am gara-gara tak dapat bangun awal. So tips aku ni agak *wooo* sikit, sebab ditujukan kepada "mereka yang DESPERATE nak bangun awal"; so if you find this tips to be too 'extreme', pandai-pandailah modify & moderatekan & suaikan ikut tahap ke-desperate-an korang memasing ek. :D Ehhe.

So here we go:
  1. Tidur pakai baju #
  2. Tidur pakai jam tangan - supaya senang nak check jam bila-bila
  3. Tidur dekat tempat cerah / berlampu
  4. Jangan pasang kipas kuat-kuat # / tutup kipas terus # / no air cond please #
  5. Set alarm, tak kiralah dekat henpon ke mana pun
  6. If none of the above works, tidur atas lantai please. No tilam for you
# = If you're in Malaysia

The bottom-line is: jangan tidur dalam keadaan yang terlampau selesa. Torture sikit diri sendiri.

Kalau nak tidur dalam keadaan selesa, belajarlah untuk tidur awal ye anak-anak. Ketahuilah bahawa:

(Bak kata cikgu aku dekat Jepun dulu): Tidur yang sihat untuk orang dewasa adalah 6 jam sehari. sementara kanak-kanak adalah 8 jam.

So kalau korang ada reason untuk 'tak dapat tidur awal' sekalipun, pandai-pandailah adjust & agihkan 6 jam tu dalam timeframe 24 jam sehari ek; supaya 'hujung' jam ke-6 tu kena dekat time yang korang nak bangun, be it 4am, 5am (untuk subuh), or 6am.

Dan ketahuilah bahawa "waktu bangun" adalah benda yang kita boleh train ye anak-anak. Train 2~4 hari je, so don't worry. Yang kena 'paksa' diri adalah 2~4 hari pertama je iA.

So contohnya kalau korang nak jadikan "bangun 5am" sebagai habit:

Hari pertama, dengan menggunakan tips-tips yang aku kongsikan kat atas tadi, korang paksa diri untuk bangun 5am. Then bila dah bangun, buatlah aktiviti yang boleh membuatkan korang khusyuk, tak kiralah main game ke, tengok anime ke, baca manga ke, bukak pesbuk ke - asal jangan pesbuk atas katil sudah. Yang penting, bangun dari baringan.

Then paksa lagi diri for another 2, 3 days.

Then in sha Allah, hari-hari berikutnya, tanpa perlu dipaksa lagi, korang dapat bangun 5am.

So far, metod-metod ni semua works for me, alhamdulillah.

Kalau 'tak jadik' dekat korang, let me know. *aku takda nak suggest tips baru ke apa pun.. just nak tahu samada semua tips ni works only for me or for everyone.*

___________________________________


Atau untuk tips yang lebih bersifat religious, korang boleh rujuk blog kawan aku ni: [PENA MAYA]

Monday, April 20, 2015

Negara Paling Banyak Tangkap Gambar



Rancangan TV Jepun bertajuk "Sekai Banzuke" (literal meaning: "Bagi Ranking Dekat Dunia").

Kalini diorang buat simple research untuk draw ranking "Negara Paling Banyak Tangkap Gambar" (emphasis: research dia tak thorough pun ok. SIMPLE research je). Ranking ni dibuat berdasarkan survey "Bila melancong, berapa banyak gambar ditangkap dalam sehari".

Sebelum ranking diumumkan, diorang beria dok teka, "Orang Jepun pon boleh tahan banyak gak. Entah-entah kita nombor 1!"....

Tapi BAM.... Rupanya jauh sekali dari tangga pertama... Jepun adalah di tangga #48 dengan average 20.5 gambar je sehari.....

Kemudian diorang umumkan top 3.

Di tangga ketiga adalah China. I don't know much about China, so aku tak leh nak komen apa-apa.
China: Average 67.9 gambar sehari.

Then di tangga kedua adalah... Chile. Jujurnya aku tak tekejut. Sebab aku memang tahu orang Chile rajin bebeno-beno tangkap gambo. Dulu masa aku ada Instagram, aku ada follow beberapa orang Chile, dan wow, jumlah update diorang... tsk tsk tsk... Even hari tak melancong pun ada-ada je update-nya....
Chile: Average 75.4 gambar sehari.

Tapi ada negara yang lebih dasat dari Chile ye tuan-tuan dan puan-puan.... Dan aku rasa korang pon dapat teka negara mana tuh... Kalau tengok FB, Insta orang-orang negara ni...... hmhh! update dia kekadang membuat anda rasa "perlu ke?". Hahaha. Negara mana lagi kalau bukan Malaysia! Ye, tuan-tuan dan puan-puan... Kita ni negara PALING rajin tangkap gambo rupanya....
Malaysia: Average 106.6 gambar sehari.


Selain "Negara Paling Banyak Tangkap Gambar", Malaysia juga berjaya duduk tangga #1 untuk ranking "Negara Yang Penduduknya Boleh Cakap Banyak Bahasa" (Malaysia = Average sorang boleh cakap 3.4 bahasa).

Then dalam list "10 Makanan Paling Lazat Dunia" pun Asam Laksa Penang (I suppose it's actually "Laksa" Penang) berjaya duduk tangga #7 (di samping banyak lagi makanan-makanan sedap dunia seperti Ice Cream (America : #9), Tom Yam (Thai : #8), Burger (German : #6), Sushi (Jepun : #4), Chocolate (Mexico : #3), Pizza (Italy : #2), Kari Massaman (Thai : #1), etc). Unlike other rankings, ranking makanan ni agak legit; sebab dibuat berdasarkan pilihan journalist-makanan professional dari 15+ negara berbeza.

Monday, March 2, 2015

I Love Their Response

Bila saya meminta maaf, respon mereka adalah:

"Kita dah lama maafkan awak" - Muharam, 2008
"Kita dah lama maafkan awak" - Yong, 2014

Kebetulan sungguh kebetulan, kedua mereka menggunakan bahasa "kita-awak" dalam perbualan sehariannya. Dan kebetulan sungguh kebetulan, kedua mereka mengungkapkan ayat kemaafannya dalam bentuk past-tense; bahawa mereka telahpun memaafkan saya sejak sebelum saya meminta maaf lagi.

Terima kasih sudi memaafkan saya, hai kalian. Semoga Allah mengampuni dosa kalian sebagaimana kalian telah bermurah hati memaafkan saya.

#ApologiesAreNotMeantToBeClichesDuringRaya

Sunday, December 7, 2014

Romeo's Blue Skies




Piccolo, Romeo & Alfredo

Entah kenapa, sejak kecik lagi, hati aku selalu ter-attached dekat pemandangan Eropah 19th century.
So aku suka atmosphere Anime ni.

Kisah seorang budak yang berasal dari Switzerland, yang bekerja sebagai chimney sweep di Milan, Italy. Karya asalnya "Die Schwarzen Brüder" (The Black Brother) karangan Lisa Tetzner (orang German). Dekat Jepun, karya ni dimasukkan bawah kategori "World Masterpiece Theatre".

Anime ni dah wujud masa sejak aku dok kat Jepun dulu lagi (1995). Tapi aku sebagai seorang budak darjah 3 masa tu, of course tak gemar & tak penah pun layan Anime biasa-biasa macamni (biasa-biasa means takde magic-magic ala-ala Slayers, takde lawan-lawan ala-ala Dragon Ball, takde costume fancy ala Card Captor Sakura). Dulu aku bukak channel Anime ni semata-mata untuk hapal lagu opening & ending dia je. Habis lagu, tukar channel, layan Anime lain.

Pun begitu, entah kenapa tah. Sejak awal tahun ni, aku selalu dok rindukan tajuk anime ni "Romeo no Aoi Sora" (Romeo's Blue Skies).

Dan minggu lepas, aku terilham untuk search tajuk Anime ni dekat Kissanime.com.

"Wowwwww. Ade rupanyaaaa."

So dengan penuh rasa ghairah, aku start layan.

Oh, menghidupkan kembali memori nostalgia aku yang..... entah muncul dari mana. Walaupun aku tak penah gi Eropah (kecuali masa dalam perut bondaku), tapi aku rasa pemandangan Eropah 19th century ni sungguh nostalgic, sungguh familiar.

Rating aku untuk Anime ni: 4.95 per 5 bintang.

Aku suka benar Anime awal/tengah 90an gini. Banyak terapkan nilai moral. Takda unsur fahsya. So sesuai untuk kanak-kanak riang macam aku.
Tema utamanya: friendship, brotherhood, and courage.
Cuma yang agak tak best tentang Anime awal/tengah 90an ni adalah: Suara Narration dia banyak sangat spoil jalan cerita. Habis semua benda pun dia bagitahu. Hilang suspense.

Sekarang dok layan Episod 32. Dekat nak habis dah. Banyak benor aku nangis sepanjang layan Anime ni.

Anime ni boleh bantu kita bersihkan semula fitrah kita (in a way), so aku recommend untuk kalian jugak.

Link: https://kissanime.ru/Anime/Romeo-no-Aoi-Sora

Dengan itu sekian, wassalaam.

Monday, February 24, 2014

俺の好きなコードギアスのキャラ TOP10


  1. ジノ・ヴァインベルグ
  2. ナナリー・ヴィ・ブリタニア
  3. ユーフェミア・リ・ブリタニア
  4. C.C(奴隷)
  5. アーサー&枢木スザク
  6. ジェレミア・ゴットバルト
  7. シュナイゼル・エル・ブリタニア
  8. クロヴィス・ラ・ブリタニア
  9. カノン・マルディーニ
  10. 黎星刻(リー・シンクー)
クロヴィスは性格悪いけど絵になる。.