Monday, November 23, 2015

Tips Bangun Subuh (Malaysia)


Dulu aku pernah main game "sambung karangan" dengan kengkawan aku, dekat Friendster (2008).

Dalam game tu, aku pernah selitkan tips "How to Wake Up Early for Dummies" khas untuk kengkawan aku yang selalu ponteng kelas 8am gara-gara tak dapat bangun awal. So tips aku ni agak *wooo* sikit, sebab ditujukan kepada "mereka yang DESPERATE nak bangun awal"; so if you find this tips to be too 'extreme', pandai-pandailah modify & moderatekan & suaikan ikut tahap ke-desperate-an korang memasing ek. :D Ehhe.

So here we go:
  1. Tidur pakai baju #
  2. Tidur pakai jam tangan - supaya senang nak check jam bila-bila
  3. Tidur dekat tempat cerah / berlampu
  4. Jangan pasang kipas kuat-kuat # / tutup kipas terus # / no air cond please #
  5. Set alarm, tak kiralah dekat henpon ke mana pun
  6. If none of the above works, tidur atas lantai please. No tilam for you
# = If you're in Malaysia

The bottom-line is: jangan tidur dalam keadaan yang terlampau selesa. Torture sikit diri sendiri.

Kalau nak tidur dalam keadaan selesa, belajarlah untuk tidur awal ye anak-anak. Ketahuilah bahawa:

(Bak kata cikgu aku dekat Jepun dulu): Tidur yang sihat untuk orang dewasa adalah 6 jam sehari. sementara kanak-kanak adalah 8 jam.

So kalau korang ada reason untuk 'tak dapat tidur awal' sekalipun, pandai-pandailah adjust & agihkan 6 jam tu dalam timeframe 24 jam sehari ek; supaya 'hujung' jam ke-6 tu kena dekat time yang korang nak bangun, be it 4am, 5am (untuk subuh), or 6am.

Dan ketahuilah bahawa "waktu bangun" adalah benda yang kita boleh train ye anak-anak. Train 2~4 hari je, so don't worry. Yang kena 'paksa' diri adalah 2~4 hari pertama je iA.

So contohnya kalau korang nak jadikan "bangun 5am" sebagai habit:

Hari pertama, dengan menggunakan tips-tips yang aku kongsikan kat atas tadi, korang paksa diri untuk bangun 5am. Then bila dah bangun, buatlah aktiviti yang boleh membuatkan korang khusyuk, tak kiralah main game ke, tengok anime ke, baca manga ke, bukak pesbuk ke - asal jangan pesbuk atas katil sudah. Yang penting, bangun dari baringan.

Then paksa lagi diri for another 2, 3 days.

Then in sha Allah, hari-hari berikutnya, tanpa perlu dipaksa lagi, korang dapat bangun 5am.

So far, metod-metod ni semua works for me, alhamdulillah.

Kalau 'tak jadik' dekat korang, let me know. *aku takda nak suggest tips baru ke apa pun.. just nak tahu samada semua tips ni works only for me or for everyone.*

___________________________________


Atau untuk tips yang lebih bersifat religious, korang boleh rujuk blog kawan aku ni: [PENA MAYA]